CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

.s.m.u.g.a. .s.m.u.a.n.y.e.r. .b.e.r.j.a.l.a.n. .l.a.n.c.a.r.

..selamat pagi khamis..
..sbenarnyer tengah takutni..
..harapnyer smuanyer berjalan dengan lancar..

Thursday, March 17, 2011

yahooo cuti dah!!!!!!

selamat ari khamis kawan2..
arini merupakan hari cuti skolah saye yg pertama...
yahooo.......
sronok rsenyer......
tdo lewat......
bangun pn lewat, tp lewanye kul 8setengah ajek pon......
bgn2 golek2 bergurau senda ngan anak2 sementara menunggu en HUBBY blik keje...
en HUBBY blik kebasahan sbb kene ujan.....
spe sruh naik moto????

pas mandikan aneesa & aiman wat breakfast.....
nk tau msak ape?????
hahahahahahaha.....


ini saje yg saye masak pagini....
tp en HUBBY makan 8 keping hokay.....
hahahahahaha....
lapa sangat gamaknyer!!!!!!!

pastu en HUBBY yg kenyang itu terus tido sbb penat blik keje x abes g.....
mama pn bsuh baju...
tdokan aneesa.....
sidai baju......
pastu surf internetlh.......

skangni nk tdokan aiman plak....
sbb aneesa dh bangon...
jd skang turn aiman plak......
hokay, skang dh masa utk berhenti surf internet.....

kesimpulannya, cuti sekolah kene jd housewife full time hokay.....

tiba2 terasa nk cuti2 malaysia plak........
ada spe2 nk bg pakej percutian pd saye?????
bestnye klu dpt g jln2....


tgk pemandangan indah.....




mandi manda...



 
g taman tema...







shopping2...


indahnyer....
=)))))




okay jumpe di n3 akan datang....
salam 1MALAYSIA....

Tuesday, March 15, 2011

...saya CEMBURU tahu...

baca story ni smpi abes tau...
seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan..
selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon..
walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab..
si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah.. sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya..
habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu..
si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi..  
si anak pun cakap "harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan..sila cuba sebentar lagi"

hahahahahahaha.......
klakarnyer.......
=)))))))
cemburu buta giler isteri dia ni......
thp 7 petala langit........ 

Benarkah Cemburu Tanda Sayang?
sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. 
ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. 
sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. 
cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. 
jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Tanda-tanda Cemburu
1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.
5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu
1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.
2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.
4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.
5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

Kesan Positif Cemburu
1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu
1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah. 

tapi apa2 pn saye tetap dilanda perassan cemburu itu.....
buat yg tersayang,
don't naughty2 lagi ye sayang!!!!!!
=)))))) 

Wednesday, March 9, 2011

minggu yg sgt bz...

selamat ari rabu...

dh lame rasenyer x menghapdet belogku ini...
almaklumlah minggu ini sgt bz dgn kerja2 sbg seorang cikgu merangkap ketua panitia serta ketua pentaksir sekolah...
cehh, sje nk gtau jawatan tu...
huhuhuhuhu....
=)))))
 
ahh,cam nk muntah uruskan fail...
ade ajek yg xlengkap,busyan!!!!
pd spe yg ckp kerje cikgu tu senang, silakan ceburkan diri anda dlm bidang ini...

skangni sye sdg menulis belog ini dihadapan murid-murid yg tekun menjawab soalan penilaian kurikulum 1...
huhuhuhuhu....
buruk perangai kan... 
tp, ada aku kesah???????
hahahaha...
=)))))
 
smuga murid-murid ni dpt jwb dengan betul...
nmpk cam tekun jek, bersemangat waja...
gud luck semua!!!!


minggu depan dh cuti sekolah tp cikgu xcuti pn...
sdey sekali....
=((((((((


isnin, selasa, rabu, sabtu ada kelas tambahan....
khamis ada ujian jpj...
jd kesimpulannye cuti hanya pd hari JUMAAT sahaja....
oh,tidak!!!!!!
=((((((


apa bley wat...
cikgu kene bertugas menyampaikan ilmu kpd murid-murid yg akan menduduki SPM tahun ni...
semuga semua murid-murid cikgu berjaya dengan CEMERLANG, insyaALLAH....


hmmm,rsenyer cepat jek mase berlalu........
dh nk kene kutip kertas pekseni......
jdnyer kiter berjumpe lagi di n3 yg akan datang......


babaaiiiiiiii semua.......
=))))))


adios!!!!!!